KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA
Kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi salah asas kontrak
sosial rakyat Malaysia, di sisi kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam sebagai
agama Persekutuan dan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera (Awang
Sariyan, 2006, 2007, 2009). Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menetapkan
bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa
ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan
dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa
pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta
Pendidikan 1996
Berdasarkan
statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak
berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi
di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar Bahasa
Melayu diujarkan.
Dalam
konteks satu Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya hubungan
antara masyarakat pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau
dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat,
jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya.
Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula
ialah fungsi bahasa memberi kesempatan kepada manusia untuk menyatakan
perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.
Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti
penggunaan bahasa negara bangsanya. penobatan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang
dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas
kenegaraan dan kebangsaan yang penting. Sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa
Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik yang
dikenal sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa melalui
komunikasi dalam pelbagai ranah. Sebagai bahasa rasmi, Bahasa Melayu menjadi
salah satu unsur penggerak jentera pentadbiran negara, dengan peranannya sebagai
wahana komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan pentadbiran sehingga kecekapan
pentadbiran sebahagiannya bergantung pada kecekapan bahasa yang ada pada
penjawat awam pada pelbagai peringkat. Bahasa
Melayu adalah sebagai wahana kepada para ahli politik untuk menyampaikan
maklumat dan pandangan atau pendapat. Bahasa
Melayu digunakan sebagai alat pengisian
fikiran, alat melahirkan pendapat dan menyatupadukan rakyat Malaysia.
Kestabilan politik hanya dapat diwujudkan apabila semua kaum dapat bersatu
padu. Wawasan Negara dapat dicapai apabila rakyatnya saling bertolak ansur,
berhemah dan menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, Bahasa Melayu sangat
sesuai digunakan untuk merealisasikan impian kerajaan kerana ianya mudah dan
senang difahami oleh semua warga.
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah
diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman
kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan
diplomatik. Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang
bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan
mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama
menggunakan bahasa itu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi
dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini
membuktikan Bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak
British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru bahasa Melayu
yang akan mengajar mereka.
Berdasarkan hal tersebut, sebagai rakyat yang
berpegang kepada prinsip “negara kita tanggungjawab kita”, maka sewajarnyalah
kita berusaha untuk memperteguh keyakinan terhadap kemampuan bahasa kebangsaan
kita. Seterusnya,
aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah danPerintah”
yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai
kemerdekaan. Meskipun sudah 54 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun
kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan satu
Malaysia ini, sektor ekonomi lebih
tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat.
Dalam meluaskan ekonomi seperti perniagaan, Bahasa Melayu
digunakan secara meluas. Bahasa yang paling baik digunakan untuk berkomunikasi
semasa proses jual beli antara kaum. Sesuai dengan konsep satu Malaysia yang menggalakkan semua kaum bersama-sama
menjana ekonomi negara demi kemajuan Negara Malaysia. Bahasa Melayu memudahkan
kaum-kaum berinteraksi dan memahami kehendak masing-masing.
Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.
Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada
tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan Bahasa Melayu digunakan
sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan
mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Fungsi Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu mampu menyemarakkan lagi semangat satu Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam
arena kebahasaan. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang
mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu
keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa
tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan
dan tepat yakni ampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa
melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang
akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan
bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Selaras
dengan konsep satu Malaysia, Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan
pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan
dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama
kerana melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam
kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus
merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara tuntasnya, inilah berkat hasil
bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
negara ini sejak awal tahun 70-an.
Bahasa
Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan
konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada
kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu
pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat
melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang
terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa ilmu.
Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki
ciri-ciri yang tersendiri. Perkara 152 Perlembagaan Negara telah menjamin dan
mengiktiraf bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya
sebagai bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu
memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Bahasa
Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961.
Antaranya menyebut mengenai peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu
sistem pelajaran dimana bahasa kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama
dalam institusi pendidikan.
Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka menjelaskan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. Di sini, dapat
dinyatakan bahawa Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan setanding dengan
bahasa-bahasa yang lain daripada segi kesediaan menerima maklumat atau pun
sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya di sisi Perlembagaan
Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa
Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang
ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.
Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya,
mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita
sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya. Terbukti bahawa sesuatu
bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian, Bahasa
Melayu mampu merealisasikan gagasan Satu Malaysia melalui bahasa yang boleh membawa
kemajuan dengan semangat semua kaum bersama-sama berusaha dan berjaya.
Institusi-institusi
pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan
Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai Satu
Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan
kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisi nya, konsep satu Malaysia
dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai
untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya
berkepentingan kan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu
merupakan matlamat satu Malaysia dalam pendidikan. Pembentukan satu jenis
sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu Bahasa
Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan
antara kaumnya.
Justeru itu,
tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin
yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka
yang tercinta. Bahasa Melayu memudahkan penguasaan
ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan konsep rakyat di dahulukan,
perpaduan akan dikecapi.
Membina budaya ilmu, sains dan teknologi dalam
bahasa Melayu sehingga keperbatasan terkedepan dalam penerokaan ilmunya melalui
peruntukan kewangan dana yang semaksimum dalam bentuk belanjawan kerajaan dan
sumbangan daripada pihak sektor swasta sebagai usaha memenuhi tanggungjawab
sosial untuk menggalakkan pengkaryaan dalam segala bidang ilmu termasuk sains
dan teknologi dalam bahasa Melayu, sama ada karya asli mahupun terjemahan
peruntukan kewangan itu adalah pelaburan untuk membangunkan bidang ilmu dan
sumber manusia jangka panjang dan bukan sebagai pelaburan komersial jangka
pendek yang dikira berapa untung dan ruginya.
Dengan wujudnya dana dan peruntukan kewangan yang
mencukupi, maka skim penggalakan dan insentif yang menarik ditawarkan kepada
para ilmuwan dan ahli sains untuk menulis dan menterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu buku dan artikel ilmiah dan profesional dalam bidang pengkhususan
masing-masing.
Kerajaan juga telah merancang dan melaksanakan
penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran, penggalakan, penggunaan dan
penilaian buku-buku dan bahan-bahan rujukan dalam pelbagai media dalam semua
bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan peringkat tinggi dalam Bahasa
Melayu. Pakar dan ahli bahasa serta penterjemah yang bertugas khusus untuk
meneliti dan menilai penerbitan-penerbitan penting dari seluruh dunia dalam
bidang masing-masing, dan seterusnya merancang dan menyelaraskan penterjemahan,
penulisan, percetakan dan penyebaran serta penggunaannya dalam kalangan
komuniti para sarjana.
Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan hubungan
dan kerjasama yang erat dalam bentuk penyelidikan, penerbitan, pengalaman,
penyebaran dan promosi tentang semua perkara yang berkaitan dengan bahasa,
sastera, budaya, sains, teknologi, perindustrian, perdagangan, perhubungan
antarabangsa dan diplomasi dengan negara-negara dan institusi profesional di
dalam dan di luar negara. Selaras dengan gagasan satu Malaysia, Bahasa Melayu
dimartabatkan dengan cara menggunakannya dalam penterjemahan dan penulisan
bahan.
Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut
fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu
dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang
menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan
penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat
tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah
memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan
istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan
teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.
Bahasa
Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan
orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor
swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa
Melayu tidak ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala
bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di
tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui media massa. A. Aziz
Deraman (2006) dalam kertas kerjanya bertajuk “Kebudayaan, Pendidikan dan Bahasa
Melayu” menyatakan bahawa Bahasa Melayu sudah mengambil tempat yang sewajarnya
dan dimartabatkan sebagai bahasa nasional Negara-negara serumpun selepas
kemerdekaan Indonesia (1945), Malaysia (1957) dan Brunei Darussalam (1984).
Bahasa Melayu berjaya dalam banyak lapangan kehidupan sebagai bahasa ilmu, alat
komunikasi dan pemersatuan rakyat. Dalam tempuh relatifnya singkat, baik di
Malaysia atau Indonesia, Bahasa Melayu dengan cepat mengambil alih bahasa
Inggeris atau bahasa Belanda sebagai alat pemersatuan bangsa dan bahasa yang
begitu terbuka berkembang maju mengikut keperluan negara.
Kedudukan
Bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dalam gagasan satu Malaysia yang telah
dilancarkan. Ianya dibuktikan dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan
nama khas dan melalui media massa berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan
warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu bahasa kebangsaan bagi seluruh
negara bangsa Malaysia.’ Selain itu, Bahasa Melayu menjadi wahana komunikasi
umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan
umum antara individu berlainan etnik.
Medium perpaduan
Menurut Tan Sri Dr, Jins Shamsuddin
(Pelita Bahasa, Januari 2011), kedudukan bahasa Melayu dalam gagasan satu
Malaysia ialah sebagai bahasa perpaduan rakyat di Negara ini. Ianya berfungsi
sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa di Negara ini.
Pandangan ilmiah Awang Sariyan pula menggambarkan Bahasa Melayu digunakan
secara bersama oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum sekaligus menyuguhkan gagasan
murni satu Malaysia.
Selaras dengan konsep satu Malaysia, Bahasa Melayu
bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul
tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di
Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui
perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat,
suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor
ekonomi negara.
Gagasan satu
Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan
melalui pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa
komunikasi yang mudah difahami. Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti
yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan
masyarakat yang bersatu padu.
Selaras dengan konsep satu Malaysia, Datuk Seri
Najib menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menggunakan bahasa Melayu
sebagai Bahasa perpaduan dan lambang jati diri rakyat terhadap negara tercinta.
Kedudukan Bahasa Melayu terus diangkat dan dijulang agar ianya tidak mati atau
hapus dengan sikap rakyat yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris dan
menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian.
Pembentukan satu negara bangsa mengikut gagasan satu
Malaysia menjadi syarat pada kemajuan
kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu perasaan kepunyaan bersama sebagai satu
negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan pada
negara, keharmonian dan toleransi antara kaum menjadi fokus penekanannya, bukan
lagi pada satu kebudayaan kebangsaan yang utuh. Melalui kebudayaan kebangsaan Bahasa
Melayu yang digunakan bersama akan menjadi lambing jati diri rakyat Malaysia
yang mempunyai satu budaya satu bahasa.
Kejayaan
sesebuah negara tidak diukur daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata,
sebaliknya lebih bersifat menyeluruh dan bersepadu. Hakikatnya, bahasalah alat
utama yang dapat memainkan peranan iaitu melalui penggunaan satu bahasa yang
sama, rakyat dapat disatukan.
Frasa “bahasa melambangkan bangsa,” menyatakan peri
pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu selaku bahasa yang telah dinobatkan
sebagai bahasa kebangsaan. Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa Bahasa
Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Hal ini telah termaktub dalam
Perlembagaan negara. Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya mendokong setiap amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap semua
individu.
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang
berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” juga menunjukkan bahawa sesuatu bahasa
itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan Bahasa
Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan
tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju
dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu
kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam Bahasa Melayu
melalui usaha penerbitan bahan bacaan.
Di Malaysia, rakyatnya lebih dikenali sebagai orang
Malaysia atau Bangsa Malaysia. Jika mereka orang Cina atau orang India,
ditambah gelaran sebagai Cina Malaysia atau India Malaysia. Ini menunjukkan
konsep Satu Malaysia terhasil daripada penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa
Melayu.
Menurut Kamarudin Husin dalam Bahasa Kebangsaan (A),
“secara khusus fungsi utama bahasa kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang
aspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga,
pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan, dan
dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yang tidak mempunyai satu
pandangan yang begitu berbeza.
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi bukti
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi untuk menyatukan rakyat,
mampu mengelakkan prasangka antara kaum, berjaya membangkitkan semangat
perpaduan antara kaum yang seterusnya mewujudkan rakyat berbilang kaum yang
bersatu padu, bekerja sama dan hormat-menghormati dalam usahasama memajukan
negara. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ini juga berfungsi untuk
melahirkan semangat patriotisme kepada seluruh warga negara yang tidak lagi
dibelenggu bahasa mahupun pemikiran penjajah.
Melalui gagasan satu Malaysia ini,
kedudukan Bahasa Melayu dalam penyatuan
kaum dapat melahirkan semangat cintakan negara. Hal ini dapat memupuk kerjasama
antara semua kaum untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia
sebagai mengekalkan identiti rakyat Malaysia yang juga dikenali sebagai Bangsa
Malaysia
Kesimpulannya, Bahasa Melayu memainkan peranan yang
cukup penting dan menjadi tunjang serta teras utama dalam konsep satu Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa gagasan satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana
Menteri adalah selangkah di hadapan kita. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai
bahasa satu Malaysia adalah langkah yang bijak dan bukan lagi penghalang ke
arah usaha murni kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam
Gagasan Satu Malaysia
BIBLIOGRAFI
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran
Global. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 26-29.
Abdullah Hassan (1987) isu-isu
perancangan bahasa: pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Abdullah Hassan(1987) 30 Tahun
perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.
Ainon Muhammad, Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Rasmi
dan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya, 1953.
dan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya, 1953.
Aminuddin Mansor (2011). Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 52-53.
Armin Azhari Saleh (2011). Pengguna Penentu Hidup
Matinya Bahasa. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa, hlm 28-29.
Asmah Haji Omar (1985) Bahasa
Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1985)
Perancangan Bahasa Dengan rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 2006.
Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 2007. “Keunggulan Bahasa, Persuratan
dan Tamadun Melayu”. Ucap Utama Kolokium Pasca-Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ke-7, anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), GAPENA, Persatuan
Penulis Pulau Pinang dan Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Utara (27 Mac 2007) di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang.
Terbit dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia 2007.
Awang Sariyan. 2009. Mencari Makna Diri Melayu:
Renungan untuk Bangsaku. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik MalaysiaFauzilahyatun
Mustafa (2010). Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Pelita Bahasa, hlm 13-15.
Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad (2011). Bahasa Melayu
dan Tamadun Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 24-26.
Mejar Dr. Faiz Khaleed (2011). Orang Rusia
Menyanjung Bahasa Mereka. Kuala Lumpur : Pelita Bahasa, hlm 28-29.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan